.jpg)
Ismail Hashim
ISBN 978-967-2145-54-7
2019
94 muka surat
Kumpulan Puisi ‘Menuai Di Waktu Senja’, garapan Ismail Hashim ini mempunyai 58 kuntum puisi yang mempunyai berbagai-bagai tema. Ia menyentuh tentang alam, bahasa, kasih sayang, kehidupan, perjuangan dan keinsafan diri. ‘Menuai Di Waktu Senja’ adalah perjalanan kehidupan seorang insan yang bermula dari usia muda hingga usia meniti senja. Apa yang kita ‘tuai’ adalah apa yang kita usahakan sepanjang perjalanan hidup kita itu sendiri. Ada pula puisi-puisi ini yang digarap oleh penulis mendapat tempat di dada-dada akhbar dan majalah yang bertujuan memupuK nilai-nilai moral yang murni dan memperkasakan sahsiah peribadi.
Penerbit Universiti, Aras Bawah, Laman Hikmah
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal, Melaka.