
ISBN : 978-967-0257-41-9
Penulis : Radzuan Nordin & Ibnor Azli Ibrahim
Sinopsis :
“Bicara Tentang Bulan Daripada Sudut Pandang Astrofiqh” adalah sebuah buku kecil yang menampilkan perbahasan ringkas tentang bulan menurut astronomi dan fiqh Islam. Ia dibuat dengan begitu ringkas untuk memudahkan pencinta bidang ini merujuk maklumat yang berkaitan tentang bulan dan hilal menurut al-Quran dan al-Sunnah di samping tafsiran astronomi terhadap perkara yang berkaitan dengannya.
Persoalan bulan, hilal dan Takwim Hijri yang disentuh oleh buku kecil ini adalah amat wajar diambil perhatian. Maklumat tentang sains kenampakan hilal yang dikemukakan dalam buku kecil ini juga adalah bersesuaian dalam suasana umat Islam kini yang penuh cabaran dan kekeliruan dalam isu berkaitan. Atas dasar itu tajuk ini dipilih sebagai satu sumbangan kepada khazanah keilmuan Islam di Malaysia, sekali gus memberikan renjisan awal ke hati para pencinta ilmu Astrofiqh untuk membaca karya-karya yang lain dalam bidang ini.
Penerbit Universiti, Aras Bawah, Laman Hikmah
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal, Melaka.